5 Hari 4 Malam
(4,9)
Paket percutian Padang – Bukittinggi merupakan salah satu paket pelancongan Sumatera Barat yang kami tawarkan kepada Anda. Dengan menyertai paket percutian Padang ini, kami ingin mengajak Anda menjelajahi keindahan cita rasa, keunikan budaya, dan kekayaan kulinari yang terdapat di tanah Minang.
Setibanya di Padang, rombongan akan disambut mesra oleh wakil kami.
Dalam perjalanan ke Bukittinggi, melalui kawasan Puncak Kiambang yang terkenal dengan deretan 1000 pokok kelapa, memberikan pemandangan yang indah dan menyegarkan.
Berhenti di Lembah Anai, sebuah air terjun yang menjadi ikon Sumatera Barat, untuk menikmati keindahan dan mengambil gambar kenangan.
Belajar tentang sejarah dan budaya Minangkabau di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM), tempat yang menyimpan pelbagai warisan budaya Minang.
Nikmati makan tengah hari di Restoran Pak Datuak, yang terkenal dengan hidangan tradisional khas Minangkabau.
Singgah di Desa Pandai Sikek, terkenal dengan tenunan songket yang halus dan ukiran kayu tradisional. Anda berpeluang melihat proses pembuatan dan membeli hasil seni tempatan.
Setibanya di Bukittinggi, daftar masuk ke hotel untuk berehat seketika.
Makan malam disediakan di restoran tempatan, di mana anda boleh menikmati masakan khas Bukittinggi.
SetiSelepas makan malam, anda bebas berehat di hotel atau menjelajahi sekitar bandar Bukittinggi pada waktu malam.
Nikmati sarapan pagi di hotel sebelum memulai tur hari ini.
Perjalanan ke Batusangkar.
TiSinggah di Kampung Baso, terkenal dengan hasil bordir khas Minangkabau. Berbelanja di HJ. Bordir Rosma untuk sulaman berkualiti tinggi sebagai cenderamata.
Mengunjungi industri tempatan untuk melihat pembuatan pisang salai dan kopi tradisional Minang di Kiniko. Anda juga dapat mencuba produk asli ini yang menjadi kebanggaan Sumatera Barat.
Nikmati makan tengah hari di Flora Pondok, sebuah restoran di tengah sawah yang menyajikan suasana alam yang tenang dengan hidangan khas Minang.
Setibanya di Padang, lawatan meliputi:
Singgah di Tasik Singkarak, tasik terbesar di Sumatera Barat. Nikmati pemandangan alam yang menenangkan sambil berswafoto.
Setelah itu, kembali ke Bukittinggi. Luangkan waktu untuk berbelanja dan bersantai di Pasar Atas, pasar tradisional terkenal dengan pelbagai cenderamata dan makanan khas. Jangan lupa melawat Jam Gadang, mercu tanda Bukittinggi.
Hidangan makan malam akan disediakan di restoran tempatan dengan menu khas daerah.
Selepas makan malam, anda bebas untuk berehat di hotel atau menjelajahi sekitar Bukittinggi pada waktu malam.
Nikmati sarapan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan
Bertolak menuju Lembah Harau, sebuah kawasan alam yang memukau dengan tebing granit menjulang tinggi dan air terjun yang indah. Aktiviti berswafoto atau bersantai sambil menikmati keindahan alam.
Berangkat ke Kelok 9, sebuah megaprojek jalan raya moden yang menghubungkan Sumatera Barat dengan Riau. Pemandangan spektakuler dari jalan berliku ini menjadikannya salah satu tempat ikonik Sumatera.
Hidangan makan tengah hari disediakan di restoran tempatan.
Dalam perjalanan kembali ke Bukittinggi, singgah di Ummi Aufa Hakim, pusat oleh-oleh terkenal untuk membeli keripik khas Bukittinggi, seperti Keripik Sanjai dan Keripik Balado.
Nikmati makan malam di restoran tempatan di Bukittinggi
Selepas makan malam, pulang ke hotel untuk berehat atau acara bebas menikmati suasana malam Bukittinggi.
Nikmati sarapan di hotel, kemudian daftar keluar untuk memulai perjalanan
Bertolak menuju Danau Maninjau, melintasi desa Sungai Landia yang indah dan penuh dengan pemandangan alam yang menakjubkan.
Puncak Lawang atau Museum Buya Hamka
Singgah di Koto Baru untuk mencuba Kuih Negara atau Lempeng Negara, makanan tradisional khas yang terkenal. (Perbelanjaan peribadi)
Setibanya di Padang, lawatan bandar dimulakan:
Makan malam di Kolam Ikan Bakar Khatib Sulaiman, yang terkenal dengan hidangan ikan bakar segar yang lazat.
Setelah makan malam, daftar masuk ke hotel di Padang untuk berehat.
Setelah mendaftar masuk, anda bebas menikmati suasana di sekitar hotel atau beristirahat setelah hari yang penuh aktiviti.
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar untuk memulai perjalanan hari terakhir.
Lawatan ke Pantai Air Manis yang terkenal dengan Batu Malin Kundang. Batu ini adalah tempat bersejarah yang legendaris, yang dikaitkan dengan kisah Malin Kundang, seorang anak yang dikutuk menjadi batu kerana tidak menghormati ibunya. Di pantai ini, Anda juga dapat menikmati pemandangan indah dan berfoto di dekat batu tersebut.
Setelah menikmati lawatan pagi, rombongan akan diantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk penerbangan pulang.
Dengan itu, program tour selesai. CATATAN: Penerbangan adalah pada waktu malam. Semoga perjalanan Anda menyenangkan dan penuh kenangan indah!